Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

10 asas SEO

Membuat satu laman web merupakan antara keperluan penting dalam bidang perniagaan sekarang dan juga lain-lain hal. Sekarang adalah penting untuk anda mengetahui 10 perkara terpenting untuk meningkatkan fungsi carian laman web supaya boleh diindeks di dalam agen carian seperti Google dan Yahoo pada tahap yang lebih tinggi. Ikuti tutorial berikut untuk membolehkan web anda lebih mesra dengan agen carian.

1. Pertama, anda perlu menggunakan tag yang unik untuk setiap artikel yang anda paparkan dan PERLU berkaitan dengan kandungan artikel tersebut. Pastikan tag-tag tersebut dihasilkan secara automatis oleh sistem laman web anda supaya perbezaan yang ketara antara satu artikel dengan artikel yang lain bagi meningkatkan "ranking" atau pangkat satu-satu artikel secara total.

2. Kandungan laman web dan artikel yang paparkan seharusnya kaya dengan kata kunci (keyword) dan setiap penulisan dirancang dan dibina secara lebih teratur dan senang dibaca. Sebagai tambahan, gunakan "point" atau sistem penomboran, tekankan kata kunci penting dan juga penggunaan "heading" (H1, H2, H3; sila rujuk tutorial HTML - Heading) bagi memudahkan proses mengindeks oleh agen carian.

3. Adalah lebih baik dan disarankan supaya meletakkan menu utama (pautan yang paling besar) pada bahagian atas laman web anda supaya memudahkan pengguna melayarinya. Sekiranya laman web anda mempunyai kedalaman pautan yang tersangat banyak, pastikan ia dilengkapkan dengan kemudahan "Site Map" atau "RSS" bagi mempercepatkan proses pengindeksan.

4. Kemas kini laman web setiap masa bagi membolehkan laman web sentiasa kelihatan baru dan penuh dengan maklumat terkini. Perkara ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan seperti Drupal, Joomla atau Wordpress. Artikel-artikel terbaru yang dimuatkan akan menambahkan bilangan kata kunci dalam keseluruhan laman web sekaligus meningkatkan fungsi carian oleh pengguna.

5. Elakkan dari menggunakan tag-tag atau kata kunci yang sama pada setiap artikel anda kerana ia akan merendahkan nilai satu-satu kata kunci tersebut. Ia juga menyusahkan agen carian menetapkan kata kunci tersebut untuk artikel tertentu.

6, Penggunaan "Flash" untuk sebarang iklan dan multimedia mencantikkan laman web. Tetapi perlu ingat yang "Flash" tidak membantu dalam menaikkan "ranking" laman anda.

7. Jadikan paparan laman web anda sebersih dan seringkas yang boleh. Ini menyenangkan agen carian merantau secara menyeluruh. Lebih bagus sekiranya anda mengguna "Cascading Style Sheet" atau CSS (rujuk tutorial CSS) untuk menaikkan mood laman web dan pastikan CSS luaran digunakan (external).

8. Oleh kerana agen carian tidak dapat membaca gambar (images), pastikan setiap elemen gambar () dilengkapkan dengan atribut ALT.

9. Sekiranya anda mempunyai pautan berbilang dan banyak, pastikan ia dimasukkan dalam kategori utama agar memudahkan agen carian mengakses ke semua pautan tersebut sekali gus.

10. Apabila menamakan satu pautan, pastikan alamat penuh digunakan seperti "http://www.contohlaman.com/contoh-laman.html" dan bukan hanya menumpukan pada nama fail sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More