Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

6 langkah meningkatkan kelajuan Laman Web

Seringkali kita terdengar atau terbaca perkataan RSS atau Web Feed. Tetapi tahukah anda apakah kegunaan RSS ini? Artikel kali ini akan menerangkan maksud dan fungsi-fungsi RSS.
Pengenalan.

Jenis Fail : .xml, .rss

Jenis media internet : application/rss+xml

Sambungan dari : XML

RSS adalah satu cabang daripada Web Feed. RSS digunakan untuk memudahkan pelayar mengetahui laman web atau blog anda mempunyai artikel terbaru. Dokumen RSS mengandungi maklumat-maklumat ringkas tentang artikel terbaru dan guna metadata iaitu maklumat tentang penulis artikel tersebut dan juga masa artikel itu ditulis.

RSS Feed boleh dibaca dengan menggunakan perisian tertentu yang dipanggil "RSS Reader", "Feed Reader", atau "aggregator".Pelayar web pada masa kini contonya Moziila dan IE 7 juga dilengkapi dengan RSS Reader.

"Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, kita mengambil satu anologi, contohnya anda seorang yang berminat dengan kereta keluaran Proton. Jadi anda inginkan setiap maklumat tentang kereta keluaran proton disampaikan kepada anda dengan segera. Maklumat tersebut boleh disampaikan kepada anda melalui beberapa cara contohnya SMS atau E-mail. Oleh itu, anda melanggan berita tentang kereta keluaran proton."

Untuk melanggan sesuatu RSS atau Web Feed anda hanya perlu memasukan URL alamat tersebut kedalam RSS Reader atau pun klik icon RSS dilaman web tersebut(jika disediakan contohnya laman web ini dibahagian bawah.).

RSS menggunakan format XML untuk proses pengeksportan data. Akronim bagi RSS ada seperti berikut:

* Rich Site Summary (RSS 0.91)
* RDF Site Summary (RSS 0.9 y 1.0)
* Really Simple Syndication (RSS 2.0)

Kebiasaanya ramai pengguna salah anggap bahawa RSS adalah Web Feed, RSS adalah cabang daripada Web Feed, salah satu cabang lagi adalah Atom

Contoh RSS fail.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More