Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Apa itu SEO?


SEO adalah singkatan daripada akronim SEARCH ENGINE OPTIMIZATION. SEO adalah proses untuk menambahkan atau meningkatkan bilangan trafik pada laman web anda, sama ada blog, portal atau forum melalui SEARCH ENGINE seperti google, yahoo dan sebagainya. Biasanya website yang mempunyai SEO yang terbaik akan dipaparkan pada 'ranking' teratas dalam carian.

Dalam perniagaan internet, SEO membawa erti bagaimana search engine berfungi dan apakah perkataan-perkataan yang akan digunakan oleh pelayar semasa membuat pencarian. SEO melibatkan koding HTML dan juga isi kandungan laman tersebut.

Terdapat banyak teknik mengenai SEO ini, seperti black hat SEO atau lebih dikenali sebagai spamdexing yang menggunakan metod-metod seperti link farm dan flooding keyword. Tetapi dalam artikel ini saya akan memfokus mengenai white hat SEO.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah sorang yang pakar dalam bidang SEO atau pun membina laman web, ramai lagi orang-orang yang otai di luar sana, cuma saya ingin berkongsi teknik yang saya SEO yang saya gunakan di dalam portal ini. Hari ini genap 2 minggu website ini dibangunkan dan statistik bagi search engine adalah seperti berikut:

Nota: data diambil dari AWstat

Robots/Spiders visitors (Top 25) -
8 different robots* Hits Bandwidth Last visit
Googlebot 587+4 14.13 MB 13 Nov 2008 - 00:43
Unknown robot (identified by hit on 'robots.txt') 0+12 19.07 KB 12 Nov 2008 - 18:30
Yahoo Slurp 6+5 215.97 KB 12 Nov 2008 - 00:37
Alexa (IA Archiver) 3+3 114.67 KB 11 Nov 2008 - 17:35
Ask 4+2 151.28 KB 10 Nov 2008 - 07:10
Unknown robot (identified by 'spider') 1+1 36.62 KB 08 Nov 2008 - 13:04
Unknown robot (identified by 'bot/' or 'bot-') 1+1 39.23 KB 10 Nov 2008 - 20:57
The web archive (IA Archiver) 0+1 1.59 KB 11 Nov 2008 - 18:04

Teknik-Teknik SEO

1. KEYWORD - Keyword adalah nadi bagi SEO, keyword tergolong dalam beberapa kategori seperti meta content dan meta description. Saya tidak akan menjelaskan perkara ini kerana penggunaan meta ini tidak sangat efisen dan portal saya langsung tidak menggunakan meta content ini. KEYWORD yang penting adalah tajuk bagi artikel anda. Anda perlulah memikirkan perkataan yang sering pelayar gunakan semasa membuat pencarian. Contohnya, jika artikel anda mengenai membuat kuih, antara tajuk yang sesuai seperti "cara-cara membuat kuih?" atau pun "langkah-langkah membuat kuih?". Penggunaan perkataan "cara-cara" adalah lebih baik. Anda harus mengetahui bahawa tajuk laman web anda menjadi pilihan pertama untuk search engine semasa proses indexing.

2. LINK dan GAMBAR. Jika anda sudah mempelajari mengenai HTML, anda tentunya sudah mengetahui di dalam tatatanda bagi dan juga anda boleh menambah attribut lain seperti title dan alt. 2 attribut ini boleh menolong anda meningkatkan lagi trafik bagi search engine.

3. Pautan (LINK). Ramai yang selalu menggunakan perkataan seperti "Read More", "Click Here". Dalam teknik SEO, anda gantikan perkataan tersebut dengan alamat bagi pautan atau pun keterangan mengenai pautan itu.

4. FORUM. Jika anda suka berforum, pastikan bahagian signature anda ditulis mengenai laman web anda dan mempunyai pautan untuk ke laman web anda. Elakkan penggunaan gambar. Gambar yang bersaiz kecik dan berwarna sudah cukup untuk menarik minat pelayar untuk berkunjung ke laman web anda. Harus diingatkan, semakin ramai pelayar berkunjung, semakin efisen teknik SEO anda.

5. JADILAH KOMUNITI. SEO ini memerlukan masa dan kesabaran, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku. Cuba sertai mana-mana komuniti-komuniti yang mempunyai ramai ahli. Dan cuba dapatkan pertukaran pautan. Ini akan dapat menggalakkan trafik dalam website anda.

6. SITE MAP. Pastikan laman web anda mempunyai site map dan dibina mengikut XHTML version 1.0. Ini memudahkan search engine membuat index pada laman web anda. Site map yang baik dan teratur akan dapat menolong laman web anda dikunjungi oleh bot-bot search engine dengan lebih kerap.

7. URL. Elakkan menggunakan underscore pada link, gunakan hyphens atau tanda tolak. (-). Dan diingatkan jangan gunakan tanda (-) melebihi 3 kali kerana search engine akan menganggap link tersebut sebagai spam

8. FRAME dan AJAX. Seboleh- bolehnya elakan penggunaan IFRAME, FRAME atau pun penggunaan AJAX untuk penukaran isi kandungan. Ini kerana google bot akan menganggap anda cuba menipu dan seterusnya akan menyenariahitamkan (black list) laman web anda. (Kenyataan ini berdasarkan 24 artikel yang telah saya baca sepanjang minggu lepas.)

9. SEARCH ENGINE TOOL. Saya sarankan anda menggunakan utiliti yang disediakan oleh google dan yahoo seperti webmaster Central dan Site Explorer untuk memahami lebih lanjut mengenai bagaimana SEARCH ENGINE berfungsi.

10. CLOUD TAG - Cloud tag merupakan teknik Web 2.0, teknik ini diasas pada tahun 2004. Penggunaan cloud tag dapat mempercepatkan search engine membuat index pada laman web anda. (Diingatkan jangan menggunakan cloud tag pada setiap halaman anda, google bot akan menganggap anda cuba menipu).

Di atas merupakan antara 10 teknik paling ringkas dan mudah. Terdapat banyak lagi teknik-teknik mengenai SEO. Saya akan menulis artikel mengenai black hat SEO jika diizinkan masa. Tapi saya ingatkan kepada semua, black hat SEO mampu membuatkan laman web anda berada pada "ranking" teratas setiap masa tetapi anda mempunyai risiko untuk di disenaraihitamkan oleh SEARCH ENGINE.

Di sini saya ingin berkongsi perisian yang anda boleh gunakan untuk memaksimumkan penggunaan SEO. Diingatkan perisian ini hanya membantu jika anda membuat laman web anda dalam bahasa english. Bahasa lain tidak akan mendapat 100% faedah daripada perisian ini.

Perisian SEO

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More