Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Cara Memilih Pelayan Laman Web Berbayar

Dalam pemilihan pelayan laman web (web server), antara perkara yang saya anggap penting untuk tahap permulaan adalah kapasiti ruang server dan takat bandwith yang ditetapkan. Dari sini anda akan dapat buat keputusan berdasarkan kos termurah yang ada di internet. Teruskan pembelian anda jika anda berpuasa hati dengan cara perbandingan harga seperti ini.




Namun jika anda mahu mebuat keputusan yang lebih cermat, anda perlulah mencari maklumat tersebut dari forum-forum perbincangan di Internet seperti di Webmastermalaysia atau forum-forum lain. Dengan cara ini anda akan berpeluang bertanyakan soalan kepada orang lain atau jika anda bernasib baik anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berpengalaman dalam penggunaan pelayan laman web.

Saya telah meneliti beberapa penyedia perkhidmatan pelayan laman web seperti Exabytes, Mesrahosting dan Webserver. Laman ini masing-masing ada kelebihan tersendiri dan kadang-kadang sukar bagi saya untuk memilih yang mana satu.

Anda akan tahu server yang terbaik bagi anda setelah laman anda membesar dan sibuk lebih-lebih lagi bila anda mempunyai ramai pengguna pada satu-satu masa. Secara ikhlas, saya belum mengalaminya! Mungkin saya akan kongsikan kepada anda bila sampai masanya nanti ;)

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More