Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Joomla : Cara bangunkan laman web

Apa itu Joomla!? Jika anda pernah mendengar istilah Content Management System(CMS) atau Portal maka ianya mempunyai kaitan dengan Joomla!. Baiklah, bagi yang belum pernah mendengar kedua-duanya maka anda dipersilakan untuk meneruskan pembacaan.







Joomla! adalah satu sistem pentadbiran laman web yang terkenal di kalangan pembangun laman web di Internet. Sistem ini bukan sahaja dapat memudahkan pembinaan laman web bahkan ianya diberian secara percuma. Ini kerana sistem ini menggunakan konsep Open Source yang bermakna kod-kod yang digunakan untuk menjanakan sistem ini dibuka untuk kajian dan pembangunan oleh umum.

Sebelum anda dapat menggunakan Joomla!, anda perlu mendapatkan Webhosting yang dihos di Malaysia seperti Mesrahosting, Exabytes, Internet Webhosting dan lain-lain. Setelah selesai urusan pembelian dengan webhosting yang anda pilih, anda akan diberi satu akaun untuk pentadbiran. Biasanya pihak webhosting akan menyediakan sistem Cpanel untuk akaun Unix dan Helm untuk Platform Windows. Anda hanya perlu menggunakan Fantastico untuk menginstall Joomla!.



(Jika anda belum berhasrat untuk membeli mana-mana webhosting tetapi mahu mencuba menggunakan Joomla! sila email saya dan saya akan setup satu akaun untuk anda cuba.)

Dan sampailah masanya anda boleh menggunakan Joomla! Tahniah jika anda telah sampai ke tahap ini.

Untuk kali ini saya sediakan cara-cara menghantar artikel pertama di dalam sistem Joomla! yang anda telah install sebelum ini. Sila ikuti tutorial yang akan disediakan nanti.

Update: Tutorial cara menghantar artikel dengan Joomla! telah disiapkan. Klik link ini.

Sumber : TipsTeknologi

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More