Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Kenapa emeilih Joomla?

Sedang dunia kita sibuk membincangkan baikot barangan Israil dan rasa tidak puas hati Israil yang membedil Palestin, dan aku pula nak cakap pasal Joomla untuk buat blog, dan bukannya wordpress. Memang tidak dinafikan sama ada di malaysia mahupun luar negara, wordpress memang pilihan utama untuk buat blog. Kalau Joomla, rasanya tak sampai beberapa orang pun yang buat blog, ade lah 5 ke 15 orang yang aku kenal. Jom kita bincang kenapa Joomla best.


Penggunaan Joomla amatlah simple dan mudah. Terdapat pelbagai aksesori seperti komponen, modul, tempalate, plugin dan banyak lagi extension-extension yang dikeluarkan oleh Joomla. Ini akan memudahkan kita walaupun kita tidak mahir dalam penggunaan bahasa-bahasa pengaturcaraan seperti html, php, java,asp, vb dan css. Selain itu juga PHP joomla merupakan CMS yang dikatakan lebih selamat dari serangan penggodam (kalau tak percaya test la sendiri). Kita boleh lihat sendiri banyak agensi-agensi kerajaan atau swasta yang mula menukar laman web mereka kepada CMS joomla di antaranya , Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Bank Islam, UITM dan banyak lagi agensi kerajaan mengunakan joomla yang tidak dapat saya nyatakan disini....Ini lah buktinya yang joomla ini hebat!!!

Kenapa memilih Joomla? Joomla menggunakan pangkalan data MySQL dan dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan PHP. Sejak akhir-akhir ini, Joomla menjadi pilihan utama pembangun halaman web seluruh dunia disebabkan ia lebih selamat dari serangan penggodam berbanding dengan CMS yang lain. Dengan jumlah komponen dan juga modul tambahan yang kini mencecah hampir 10,000+ serta ahli komuniti yang kini telah mencecah lebih dari angka 59,000 orang, Joomla yang baru berusia hampir 2 tahun pada 1hb September (saya terlupa berapa hari bulan) yang lepas boleh dikatakan telah matang dalam industri W3 sekarang. Joomla merupakan salah satu Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) yang paling popular pada masa kini, yang dikeluarkan oleh Open Source Matters (OSM). Penggunaan Joomla kini tidak terhad kepada halaman web peribadi sahaja, malahan ia juga mula digunakan untuk halaman web syarikat-syarikat dan halaman web e-commerce.

Walaupun terdapat banyak kerangka sistem pengurusan kandungan sumber tebuka, Joomla merupakan satu kerangka yang agak luas penggunaannya dan mempunyai banyak ciri-ciri yang memudahkan sistem ini disuaikan (customise) menjadi :

* Aplikasi Kerajaan.
* Intranet dan extranet koperat.
* Portal atau laman web koperat.
* Laman web peniagaan kecil.
* Portal berasaskan Komuniti.
* Laman web sekolah dan masjid.
* Laman web organisasi bukan peniagaan (NGO).
* Majalah, akhbar dan penerbitan dalam talian (online).
* Laman personal atau keluaga dan perlbagai keperluan lagi.
* e-Perdaganan (E-commerce) dan pendaftaran dalam talian (online).

Anda masih baru dalam sistem persembahan web dalam pendekatan joomla? Kelebihan yang paling utama menggunakan CMS joomla adalah anda tidak merlukan skill teknikal yang tinggi. Anda bertuah kerana dapat menemui aplikasi CMS yang mampu memberikan penyudahan yang sempurna kepada sistem pembangunan laman web anda. Joomla mampu menyelesaikan masalah menyediaan apa sahaja bentuk laman web yang anda kehendaki. Ia sangat berkuasa dan stabil untuk anda mempersembahkan maklumat anda secara talian internet mahupun offline. Secara ringkasnya, ia menawarkan sistem yang boleh anda gunakan mungkin untuk perniagaan yang kecil atau hanya untuk kegunaan pengguna biasa tetapi persembahan yang disajikan sangat profesional dan mudah diselenggara.

Adakah semua ini benar? Jadi apa yang perlu buat? Berapakah kos untuk membina website joomla? Berita gempar!! Berita gempar!! dan berita gempar…..Kenapa? Joomla 1.5 adalah PERCUMA!!!!!!!! Anda tidak perlu keluarkan sebarang kos yang tinggi untuk cms ini (melainkan anda upah orang). Anda tidak perlu mengupah orang untuk memiliki joomla ini, kerana ia cukup senag untuk disengaraan. Anda tidak percaya...nak tahu cuba la sendiri. Adakah kita boleh menggunakannya untuk tujuan komersial...sudah tentunya boleh. Semua kod aplikasi sistem CMS joomla ini boleh digunakan secara percuma, boleh dimodifikasi dan disalin-edar secara terbuka. Alternatif ini adalah tertakluk di bawah terma dan syarat GNU “General Public Licence. Joomla membenarkan perubahan dan modifikasi tersebut….

Joomla adalah berbeza dari model-model CMS yang lain. Untuk memiliki dan memasangnya bukanlah terlalu sukar, kerana Joomla dicipta untuk semua orang yang ingin memiliki website. Ia dilesenkan di bawah GNU/GPL licence. Joomla juga tidak memerlukan seseorang itu perlu menguasai kemahiran PHP, ASP, atau HTML untuk menjadi pengurus atau administrator. Mengapa anda masih berfikir dua kali untuk memiliki dan menggunakan CMS ini joomla ini. Masih berfikir………masa terus berlalu, ingat masa itu lebih bernilai dari emas! Joomla boleh dikategorikan sebagai CMS ynag paling popular di masa ini. CMS atau lebih dikenali dengan namanya CONTENT MANAGEMENT SYSTEM merupakan satu sistem atau kaedah bagi membina laman web. Sistem ini bagai mengatur semua kedudukan dan juga isi kandungan artikel di dalam laman web anda.

Oleh itu tidak hairanlah kita dapat melihat semakin banyak website yang menggunakan CMS. Contoh terdekat website ini sendiri menggunakan Wordpress sebagai CMS pilihan dan bukannya Joomla 1.5. Ingin tahu kenapa? tanya la parasolx Ada lebih kurang 1000++ sebab mengapa saya lagi suka joomla, tapi ini sahaja dapat saya nyatakan. p/s: gambar diatas x ader mengena dengan artikel kali ni...

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More