Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Menngunakan Utorrent

Muat Turun Dengan Menggunakan Utorrent

Torrent merupakan salah satu teknik atau keadah yang terdapat pada masa kini untuk memuat turun fail. Untuk permulaan, anda boleh mendapatkan perisian torrent seperi Azureus, Bit Comet. Tetapi dalam tutorial ini kita akan menggunakan uTorrent kerana ianya ringan dan mudah.

Pertama sekali anda perlu memuat turun torrent, anda boleh dapatkan ia disini. www.utorrent.com/.

Selepas selesai anda memuat turun utorrent, anda perlula meng"install" perisian tersebut. Sekarang kita akan melihat antara muka utorrent.

Antaramuka uTorrent

Sekarang kita akan mengkofigurasikan uTorrent untuk mendapatkankan kelajuan maksimum semasa proses memuat turun fail torrent.

Tempat Simpanan Fail torrent.
Option>Preference>Directories

Menukar Had Sambungan.
Option>Preference>Advance

Cari fungsi net.max_halfopen dan setkan kepada 100.

Menentukan Jenis Sambungan.
Option>Speed Guide

Pada ruangan Connection Type pilih jenis sambungan internet anda.

Klik Test if port forwarded properly. Periksa jika firewall anda menghalang uTorrent. Jika port anda dihalang, allow uTorrent dalam firewall anda dan guna gunakan portforward jika anda menggunakan router.

Layari website portforward.com/ untuk membantu anda mengubah suai kongfigurasi router anda.

Memuat Turun Torrent.

Terdapat banyak cara untuk mencari fail torrent didalam internet. Salah satunya menggunakan website ini Mininova. Walau bagaimanapun saya sarankan anda menggunakan Google.

Cara mencari fail dalam Google.
Untuk mencari fail dalam google anda hanya perlu menambahkan perkataan +torrent dibelakang carian anda. Contohnya:

Adobe Photoshop cs4 +torrent

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More