Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Panduan membeli webhosting

Dalam tutorial kali ini, saya akan membincangkan secara menyeluruh mengenai pembelian webhosting supaya hasil yang anda perolehi sangat berpadanan dengan harga pelayan tersebut.

Target Pengguna Anda

Ini adalah merupakan tips pertama yang perlu anda titik beratkan sebelum anda membina sebarang laman web. Anda perlulah mengenal pasti terlebih dahulu siapakah pengguna/pelawat laman web anda.

Seandainya target anda adalah pengguna dalam negara (Malaysia), adalah lebih baik, amat-amat disarankan agar anda membeli webhosting tersebut daripada penjual dalam negara. Elakkan dari membeli dari luar negara. Kenapa?

Sekiranya pengguna adalah rakyat Malaysia, setiap kali pengguna klik untuk ke laman lain, signal atau "transfering data" terpaksa melompat lebih kurang 20 kali sebelum data tersebut selesai diterima. Ini menyebabkan suatu laman tersebut begitu lembab untuk dibuka walaupun server mahal.

Jika anda target pengguna adalah dari seluruh dunia, adalah lebih baik gunakan server dari luar negara kerana "data transfering rate" adalah lebih tinggi berbanding server di Malaysia.

Spesifikasi Server

Perkara kedua yang perlu anda ambil perhatian adalah spesifikasi server yang diberikan oleh pihak penjual. Berikut adalah perkara yang perlu anda titik beratkan.

Processor dan Memory Server

Seboleh-bolehnya anda cuba check dahulu, apakah jenis processor dan memory untuk server tersebut kerana ia mempengaruhi kadar kemampuan untuk memproses script dan data web anda.

Dual Core dan memori 256MB sudah cukup untuk menampung 2000 pengguna pada suatu masa tanpa kehilangan sebarang keupayaan server.

Pangkalan Data, PHP, Apache

Perhatikan juga versi untuk pangkalan data (MySQL, SQL), PHP dan juga Apache yang disediakan. Sesetengah penjual menawarkan harga yang murah tetapi menggunakan versi yang lama. Ini menyebabkan laman web anda mungkin mengalami masalah dari segi fungsi yang diperlukan.

Selain itu juga, versi yang rendah mungkin tidak menyokong CMS yang banyak ditawarkan di dalam internet.

Jenis OS Server

Pastikan anda memilih server yang menggunakan OS (Sistem Operasi) yang betul dengan laman web yang bakal anda bangunkan.

Untuk laman web yang berasaskan PHP & MySQL, pilih OS Linux manakala yang bertunjangkan ASP & Access, pilih OS Windows.

Fantasisco Deluxe

Ini amat penting bagi pengguna-pengguna yang masih baru dalam bidang webhosting dan web building kerana dengan Fantasisco, memudahkan kerja anda untuk memasang pelbagai CMS ke dalam web server anda.

Apakah jenis laman web anda?

Forum - webserver tidak memerlukan saiz ruangan yang besar tetapi memerlukan pemprosesan koding yang laju bagi membolehkan laman web dibuka cepat.

Perniagaan - saiz ruangan boleh di antara 10 - 50GB. Prosesan koding sederhana tetapi memerlukan sistem sekuriti yang tinggi bagi mengelakkan sebarang pecah masuk dari pengondam.

Portal - saiz ruangan antara 50GB - 100GB bergantung kepada kandungan yang dimuatkan dalam portal anda sama ada video, muzik, dokumen dan sebagainya. Sistem sekuriti pun perlu tinggi bagi menjamin keselamatan portal anda.

Gunakan CMS (Content Management System)

Sekiranya anda masih baru dalam membangunkan sesuatu laman web, disarankan supaya menggunakan sistem yang telah disediakan iaitu CMS seperti Drupal, Joomla, SMF, phpBB dan lain-lain.

Kelebihannya adalah sistem ini dibina oleh pakar-pakar dalam pengekodan sistem dan yang paling penting adalah kestabilan sistem.

Anda mungkin boleh menggunakan "Custom Coding" tetapi sekiranya berlaku ketidakstabilan dalam implimikasi koding tersebut, laman web anda mungkin akan lembab untuk dibuka dan mudah untuk dipecah masuk oleh pengondam.

Mesra Pelanggan

Akhir sekali, tips yang perlu anda titik beratkan juga adalah mengenai servis dan layanan yang diberikan oleh pihak penjual. Sekiranya langsung tiada kemesraan yang diberikan oleh penjual, jangan teruskan pembelian dengan pihak tersebut.

Faktor ini penting kerana selepas pembelian, sekiranya berlaku sebarang masalah, anda memerlukan jawapan dan penyelesaian dengan segera. Sekiranya tidak mesra pengguna, adakah anda yakin akan dapat atasi masalah tersebut dengan baik?

Diharapkan serba sedikit tips yang diberikan dapat membantu anda dalam proses pemilihan untuk membeli web server anda sendiri. Tips ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More