Recent Posts

aku suka main-main

Monday, April 27, 2009

Fantastico De Luxe

Fantastico De Luxe digunakan untuk meng"install" CMS (Content Management System). Ini membantu anda dalam mengurangkan masa untuk meng"upload" fail-fail CMS anda ke dalam pelayan web. Tidak semua pelayan mempunyai kemudahan ini. Di bawah ini adalah antaramuka Fantastico De Luxe

Di sini saya akan menggunakan contoh Joomla 1.5 untuk menerangkan cara-cara menggunakan Fantastico De Luxe.

1. Di bawah seksyen Content Management, klik Joomla 1.5, dan paparan berikut akan dipaparkan pada skrin anda.

2. Klik New Installation

3. Pada ruangan Install Directory masukkan nama "folder" di mana Joomla 1.5 akan dipasangkan. Ini adalah penting kerana Joomla 1.5 anda akan dicapai menggunakan alamat tersebut.

Nota: Nama direktori yang anda masukkan itu adalah subdomain.

4. Masukan nama pengguna dan kata laluan bagi pengurus (admin).

5. Masukan alamat e-mail, nama pengurus dan juga tajuk bagi Joomla 1.5 tersebut.

6. Untuk sample data, saya sarankan agar anda biarkan ianya kekal dipilih (default value), ini untuk memudahkan anda mengubah suai laman web anda kemudian.

7. Klik Install.

8. Sekiranya paparan seperti di bawah ditayangkan, anda sudah hampir berjaya untuk menginstall Joomla 1.5

9. Klik Finish Installation

10. Anda akan di bawa ke paparan berikut jika tiada ralat berlaku dalam proses Installation. Sekarang anda boleh mencapai laman web anda dengan menggunakan URL yang diberikan pada paparan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More